Sunday, May 26, 2013

ADAKAH ANDA STRES?

STRES

  • Keadaan dialami apabila berlaku ketidak sepadanan antara jangkaan permintaan dan jangkaan keupayaan. 
  • Keseimbangan antara  bagaimana seseorang itu melihat permintaan dan bagaimana dia berfikir untuk memenuhi permintaan tersebut yang menentukan sama ada dia merasakan tiada tekanan, distress dan eustress (looker & gregson,1997)
  • Satu tindak balas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental (fikiran) kepada peristiwa dalam kehidupan.
  • Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina, bangsa atau agama.
  • Satu keadaan yang menekan emosi, proses pemikiran atau keadaan fizikal seseorang (Connie Sitterly & Beth Duke)

Kita perlu sedikit stres untuk berfungsi secara berkesan. Stres adalah sesuatu keperluan dalam kehidupan supaya kita boleh melakukan sesuatu tugas / menghadapi sesuatu situasi dengan lebih cekap.


JENIS-JENIS STRES


STRES POSITIF (EUSTRESS)
Jika individu dapat menyesuaikan diri, stress menjadi tekanan membina dan digelar eustress.

STRES NEGATIF (DISTRESS)
Jika tidak dapat menyesuaikan diri, maka tekanan itu dianggap merosakkan diri dan digelar distress.








PEKERJAAN YANG MEMPUNYAI TAHAP STRES YANG TINGGI





PERINGKAT STRES

  1. Melalui cabaran dengan penuh bertenaga, positif dan efektif.
  2. Setelah beberapa ketika, berasa amat letih dan kecewa.
  3. Stres berlanjutan menyebabkan berasa gagal dalam pekerjaan, kerap sakit, rasa dipergunakan dalam organisasi, menjauhkan diri dari bos/staff.
  4. Stress meningkat, simptom-simptom stres kelihatan, burnout, sakit dll.


PUNCA-PUNCA STRES

1.  Diri Sendiri - disebabkan oleh sikap individu sendirI

    1.1.  ‘ketagih/enjoy’ suasana tertekan
             - buat kerja di saat akhir
             - hadapi rintangan
             - timbulkan tekanan ke atas diri  sendiri dan orang lain

    1.2.   Perfectionism
            - Perhubungan dengan pelanggan
            - Tugas harian
            - Hubungan interpersonal

    1.3.   Excessive self-effacement
            - Jaga kepentingan orang lain tapi diri terbiar/orang tak peduli 
              (kesan-kecewa)

    1.4. Kebimbangan 
            - Ingin disayangi dan disanjung
            - Ingin dilihat kompeten dalam  semua  perkara
            - Percaya faktor luar yang membawa masalah bukan diri sendiri
           - Ingin sesuatu berlaku mengikut kehendak diri
            - Percaya pengalaman pahit masa  lalu mempengaruhi masa depan
     
2.  Punca Luaran


    2.1.   Persekitaran tidak selesa/kurang rangsangan
            - Bunyi bising
            - Kekotoran
            - Ruang bertugas tidak mencukupi
            - Cahaya

    2.2.   Bahan kimia dan pemakanan

            - Kafien
            - Gula atau garam berlebihan
            - Pemakanan yang tidak seimbang

3.  Keluarga

            - Kewangan
            - Kesihatan
            - Perhubungan
            - Perubahan dalam keluarga – kematian/perkahwinan/perceraian


4.  Tempat kerjaan 

            - Tugas yang terlalu banyak / kurang
            - Kurang pengalaman/ maklumat
            - Tekanan masa/ deadlines
            - Tekanan ekoran dari perubahan
            - Perubahan dasar/ prosedur
            - Objektif yang samar/ kurang jelas
            - Harapan pengurusan yang kurang jelas terhadap pekerja

    4.1   Kenaikan pangkat

    4.2   Pembangunan kerjaya yang kurang jelas

    4.3   Tekanan Dari Organisasi/pelanggan
            - Tekanan pengurusan atasan
            - Campurtangan urusan kerja
            - Tiada variasi kerja
            - Tiada sistem perancangan yang baik
    4.4   Pengurusan masa
            - Senarai keutamaan
            - Log Aktiviti
            - Perancangan kerja


TANDA-TANDA STRES

1.  Fizikal
  • Sakit kepala/tengkuk
  • Ketegangan otot/sendi
  • Letih lesu
  • Sakit kulit
  • Sesak nafas
  • Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
  • Masalah tidur
  • Mulut terasa kering
  • Tapak tangan berpeluh/sejuk
  • Degupan jantung kuat/laju

2.  Emosi
  • Hilang keyakinan diri
  • Kelam-kabut
  • Hilang sabar
  • Cepat marah
  • Murung
  • Bersendirian/Mengasingkan diri
  • Resah gelisah
  • Risau 
  • Takut/Bimbang

3.  Tingkahlaku
  • Tingkahlaku impulsif dan agresif
  • Hilang selera/kuat makan
  • Hilang keinginan seks
  • Sukar tidur/insomnia
  • Mudah menangis/terlau sensitif
  • Merokok lebih kerap
  • Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol

4.  Kognitif
  • Risau
  • Sukar untuk membuat keputusan
  • Mimpi ngeri
  • Sentiasa berfikir/bekerja
  • Berfikiran negatif
  • Hilang fokus/tumpuan
  • Kurang minat pada aktiviti harian
  • Pelupa
  • Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri

5.  Spiritual
  • Menyalahkan tuhan atas apa yang berlaku
  • Marah kepada tuhan kerana dianggap tidak adil
  • Mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba

TIPS MENANGANI STRES



1.    Bertenang
2.    Bernafas dengan dalam (Klik sini)
3.    Berurut
4.    Berehat dan mendengar muzik
5.    Berkata: Relakslah...
6.    Bersikap realistik terhadap pekerjaan
7.    Pengurusan masa
8.    Amalkan komunikasi berkesan
9.    Tidur yang cukup
10.  Jauhi rokok, arak, dadah dll 
11.   Beriadah
12.   Bercakap dengan seseorang
13.   Berfikiran positif
14.   Bersenam
15.   Beribadat


BELAJAR KEMAHIRAN DAYA TINDAK (COPING SKILLS)


1.   Berfikir secara positif
2.   Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
3.   Tegas diri
4.   Bertindak secara asertif







PENYELESAIAN STRES DARI PANDANGAN ISLAM


  1. Sembahyang dan zikir
  2. Konsep bencana dan masalah adalah merupakan dugaan dari Allah untuk               mengukur tahap keimanan kita.
  3. Doa
  4. Jauhi nafsu AMARAH
  5. Semai sifat EHSAN
  6. Rasa kesederhanaan dan ZUHUD

Wednesday, May 22, 2013

SAVING LIVES RESTORING HOPE

Do You Know That:

  • One suicide occurs in every 40 seconds globally
  • In Malaysia, 7 suicides occurs everyday
  • For every suicide, 10 to 20 people are affected
  • Most people who commit suicide are depressed


Causes of Suicide:

  • Unable to cope with stress due to:
    • relationship problems
    • health problems
    • financial problems
    • unemployment
    • academic problems
  • Depression
  • Drug dependence
  • Mental illness


How to Recognize Someone with Suicide Risk?

  • People who talk about ideas or plans of committing suicide
  • People who have attempted suicide in the past
  • People who have family history of suicide
  • Lonely, widowed and elderly


How Can I Help A Person Who Is Suicidal?

  • Take complaints seriously
  • Be a good listener - empathize
  • Be caring
  • Don't condemn
  • Ensure safety - reduce access to suicide methods
  • Don't promise confidentiality when life is in 
  • Seek professional help


SUICIDE IS PREVENTABLE...........

If you have a serious problem and feeling depressed, you can call any government hospitals 
or health clinics or "The Befrienders" hotlines:

Kuala Lumpur Tel : 03-79568144 / 8145 (24 hours)
Email : sam@befrienders.org.my
Homepage : www.befrienders.org.my

Ipoh Tel : 05-5477933 / 55
Penang Tel : 04-2815161 / 1108
Melacca Tel : 06-2842500


Source: Ministry of Health, Malaysia

DEEP BREATHING TECHNIQUE


Anda STRESS??? PANIK??? BIMBANG??? RESAH??? GELISAH???

Lakukan teknik pernafasan yang mudah dan amat berkesan ini untuk menenangkan anda.



Nilai Dahulu:
1.  Letakkan tangan kanan di atas perut anda dan cuba tarik nafas perlahan-lahan 
     melalui hidung. Tahan seketika. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui 
     hidung atau mulut. Rasakan pergerakan perut anda semasa anda menarik dan 
     menghembus nafas.
2.  Jika semasa anda menarik nafas perut anda kempis dan semasa menghembus 
     nafas perut anda kembung bermakna cara anda menarik nafas adalah TIDAK 
     BETUL
3.  Jika semasa anda menarik nafas perut anda kembung dan semasa menghembus 
     nafas perut anda kempis bermakna cara anda menarik nafas adalah BETUL.

Cara Menarik & Menghembus Nafas yang BETUL


Pastikan perut anda KEMPIS semasa menghembus nafas & KEMBUNG semasa menarik nafas


Hanya dengan menarik nafas dalam/panjang udara akan memenuhi keseluruhan paru-paru


Caranya:

Mudah! Sekiranya anda benar-benar menarik nafas panjang hingga ke tahap maksimum dan memenuhi keseluruhan paru-paru anda dengan udara, secara otomatik perut anda akan kembung. Sebaliknya jika semasa menarik nafas perut anda kempis bermakna anda hanya bernafas pada paras dada dan memenuhi hanya sebahagian paru-paru anda dengan udara. Oleh sebab itu, bila anda bernafas dengan cara ini, dada anda yang akan bergerak atau berombak dan bukannya perut.




Persediaan:
1. Cari bilik / tempat yang sunyi (kalu boleh gelap / tiada cahaya lampu lebih 
    bagus)
2. Boleh dilakukan dalam posisi duduk atau baring (tiada cara yang spesifik, 
    asalkan ada berasa selesa)
          - Jika duduk pastikan ada tempat untuk sandarkan kepala
          - Jika baring luruskan kaki dan tangan disisi
3. Boleh pasang muzik instrumental (tanpa senikata) dan aromaterapi (kalau 
    tak ada tak apa)



Lakukan Sendiri:
1.  Duduk/baring dalam posisi relaks
2.  Pejamkan mata
3.  Relaks 
4.  Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dalam kiraan 10 
     (1,2,3,4,5,6,7,8,9,10) sehingga maksimum
5.  Tahan seketika selama 3-5 saat
6.  Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung atau mulut (mengikut 
     keselesaan) dalam kiraan 10 (1,2,3,4,5,6,7,8,9,10)
7.  Lakukan 10 kali (10 kali tarik nafas, 10 kali hembus). Jangan lupa untuk 
     merasa pergerakan perut anda semasa menarik dan menghembus nafas. 
     Pastikan anda melakukannya dengan betul.
8.  Seelok-eloknya lakukan 3 kali sehari (pagi, tengahari dan malam sebelum 
     tidur). Lebih kerap anda lakukan latihan pernafasan ini lebih banyak lagi 
     manfaat yang akan anda perolehi.


Hasilnya:
Kita akan berasa lebih tenang dan rasa berdebar-debar akan berkurang. Ini kerana sewaktu kita berasa stres, panik, bimbang, resah, gelisah dan sebagainya jantung kita akan berdenyut dengan kencang dan nafas kita tercungap-cungap atau tersekat-sekat. Akibat dari cara bernafas ini, kita hanya akan dapat memenuhi sebahagaian dari paru-paru kita dengan udara/oksigen. Oksigen ini akan digunakan oleh darah dan darah akan mengalir ke seluruh organ dalaman kita termasuk otak. Bila otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi... itu yang akan menyebabkan kita berasa hendak pitam atau pengsan. 

Selamat Mencuba..........


Tuesday, May 21, 2013

SALAH FAHAM MENGENAI PENYAKIT MENTAL

1.   SEMUA PESAKIT MENTAL SENTIASA TIDAK SIUMAN
Tidak semua penyakit mental akan menyebabkan pengidapnya menjadi tidak siuman. Hanya mere yang mengidap penyakit 'psikosis' yang melibatkan gangguan kewarasan sahaja boleh mengalami masalah tidak siuman. Walaubagaimanapun ianya bersifat sementara dan boleh dirawat.

2.   SEMUA PENYAKIT MENTAL DISEBABKAN FAKTOR GENETIK ATAU KETURUNAN
Tidak semua penyakit mental disebabkan oleh faktor genetik atau keturunan. Buktinya, tidak semua yang mengalami penyakit mental mempunyai salasilah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental. Terdapat juga faktor lain yang boleh menyumbang kepada masalah penyakit mental seperti tekanan kerja, kewangan, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.

3.   PESAKIT MENTAL HANYA BOLEH DIRAWAT DI INSTITUSI PSIKIATRI ATAU 
      HOSPITAL MENTAL SAHAJA
Sebahagian besar penyakit mental boleh dirawat sebagai pesakit luar seperti orang awam yang lain. Hanya pesakit mental yang kerap mengalami penyakit berulang (relapse) kerana berhenti memakan ubat atau sakit teruk kerana terbiar lama dan tidak mendapat rawatan doktor sahaja yang akan dirawat di hospital.

4.   PESAKIT MENTAL TIDAK DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN BIASA DAN 
      SENTIASA BERGANTUNG KEPADA ORANG LAIN
Sama seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh sembuh sekiranya diberikan rawatan yang teratur dan berterusan. Mereka yang hilang upaya akibat menghidap penyakit mental masih mampu berdikari sekiranya menjalani rawatan pemulihan.

5.   PESAKIT MENTAL SELALU MENGGANAS DAN PERLU DIASINGKAN
Jumlah kes keganasan disebabkan oleh pesakit mental adalah sangat kecil tetapi ia disensasikan oleh pihak media. Keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja dan boleh berlaku sekiranya penyakit mental yang dialami tidak mendapat rawatan. Rawatan yang sempurna akan membantu pesakit mental menjadi lebih tenang, terkawal dan tidak perlu disisihkan dari masyarakat.

6.   PESAKIT MENTAL TIDAK BOLEH BEKERJA
Melalui program pemulihan yang komprehensif dan sistematik, pesakit mental yang teruk boleh dipulihkan dan kembali kepada kehidupan yang normal. Mereka boleh bekerja atau berdikari untuk menyara kehidupan mereka seperti sediakala.

7.   PESAKIT MENTAL MERUPAKAN ORANG YANG LEMAH SEMANGAT DAN SUKA 
      MENURUT PERASAANNYA
Mereka kelihatan lemah semangat dan suka menurut perasaan disebabkan penyakit mental yang dialami belum dirawat sepenuhnya. Dengan rawatan yang sempurna, masalah ini dapat diatasi.

8.   PESAKIT MENTAL PERLU DIASINGKAN
Pesakit mental biasanya akan pulih dengan segera apabila mendapat rawatan yang sempurna dan mereka boleh dirawat di dalam masyarakat sekeliling tanpa pengasingan.

9.   PENYAKIT MENTAL BOLEH BERJANGKIT. ELAKKAN BERGAUL DENGAN 
      MEREKA
Penyakit mental bukan disebabkan oleh kuman, bakteria ataupun virus. Oleh itu ia tidak boleh berjangkit.

10.   OLEH KERANA PUNCA SEBENAR PENYAKIT MENTAL TIDAK DIKETAHUI MAKA 
        IANYA MUSTAHIL UNTUK DICEGAH
Langkah-langkah pencegahan penyakit mental adalah meningkatkan pemahaman mengenai kesihatan mental, mengendalikan tekanan secara positif dan mengamalkan cara hidup sihat.


Sumber: Pamplet Pupuk Minda Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI... PENYAKIT MENTAL

Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai berita tentang pesakit dan penyakit mental. Siapa mereka? Mengapa mereka bertindak ganas? Siapa yang mengawal fikiran mereka? dan banyak lagi persoalan yang sering bermain di fikiran kita. Di dalam blog ini, saya akan cuba mengupas persoalan-persoalan tentang PENYAKIT MENTAL. Semoga bermanfaat untuk para pembaca.


Utusan Malaysia:

20 Februari 2009 melaporkan bahawa menurut Prof. Dr. Mohammad Hussain Habil, Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, lebih 270,000 penduduk Malaysia mengidap Skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya. 

4 Februari 2012, Tinjauan Kesihatan Morbiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12% rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Tinjauan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki. Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar, berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental. 

Berita Harian:

8 Oktober 2012, masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini berada pada tahap membimbangkan malah bilangannya semakin menunjukkan peningkatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati kelaziman masalah kesihatan mental golongan tersebut telah meningkat daripada 13% pada 1996 kepada 20% pada tahun 2011.

10 Oktober 2012, Malaysia sebagai sebuah negara majoriti umat Islam menghadapi masalah sakit mental yang serius dimana 12% rakyat negara ini atau 3.5 juta orang menghidap penyakit mental dengan purata 6 orang bunuh diri setiap hari dan 50,000 kes cubaan bunuh diri setiap tahun. Menurut Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr. Rabaiah Mohd Salleh orang ramai yang mendapatkan rawatan penyakit mental kini meningkat kepada maksimum 10 kes baru didaftarkan sehari berbanding di antara 2-3 kes sehari pada tahun 2007.



PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI... PENYAKIT MENTAL

Penyakit mental boleh melibatkan sesiapa sahaja. Kita perlu memahami apa itu penyakit mental:

Penyakit mental adalah:

  • Sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan-gangguan teruk dalam pemikiran, peranaan dan tingkah laku
  • Gangguan-gangguan ini menyebabkan seseorang tidak mampu untuk menghadapi cabaran dan kehidupan seharian. 

Punca Penyakit Mental:

  • Terdapat pelbagai faktor seperti baka, biokimia dan persekitaran

Penyakit Mental Boleh Bersifat Sementara

  • Ia boleh datang dan pergi dalam kehidupan seseorang. Sesetengah individu boleh mengalami penyakit mental hanya sekali dan sembuh sepenuhnya. Manakala bagi individu lain ia boleh berulang dan memerlukan rawatan berterusan.

Terdapat Rawatan yang Berkesan untuk Penyakit Mental

  • Penyakit mental boleh dirawat secara berkesan dengan rawatan yang komprehensif dan sistematik.

Kenyataan SALAH mengenai penyakit mental

  • Pesakit-pesakit mental menderita akibat gejala-gejala penyakit dan tidak mampu berfungsi secara normal (selama-lamanya).

Penyakit Mental perlu Dikesan Awal untuk Ditangani Secara Berkesan. Perhatikan Tanda-tanda Awal Penyakit Mental...

  • Perubahan tingkahlaku yang ketara
  • Cepat marah atau bertindak ganas
  • Ketidakupayaan untuk menangani masalah & melakukan aktiviti seharian
  • Mempunyai idea-idea yang pelik
  • Keresahan yang teruk
  • Kemurungan yang berpanjangan
  • Perubahan ketara dalam tabiat pemakanan dan tidur
  • Memikir atau bercakap tentang bunuh diri
  • Perasaan berubah-ubah dengan ketara
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol

Ahli Keluarga, Penjaga, Rakan-rakan dan Masyarakat perlu Belajar untuk Menerima Pesakit-pesakit Mental

  • Tingkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang penyakit mental
  • Bantu pesakit mendapatkan rawatan
  • Beri sokongan dan peluang kepada pesakit untuk mengambil bahagian dalam segala aspek kehidupan bermasyarakat
  • Sokongan organisasi dan agensi yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit

Dapatkan Bantuan Dari:
Hospital, Klinik Kesihatan atau Persatuan Kesihatan Mental Setempat



Sumber: Pamplet Pupuk Minda Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia

PERSONAL LIFE EVENTS ANALYSIS





PERSONAL LIFE EVENTS ANALYSIS

To learn the level of stress (distress) in your life, circle the value at the right of each of the following events if it has occurred within the past 12 months:



EVENT                                                                            VALUE

Death of spouse......................................................100
Divorce.................................................................73
Marital separation.....................................................65
Jail term...............................................................63
Death of close family member......................................63
Personal injury or illness.............................................53
Marriage...............................................................50
Fired from job........................................................47
Marital reconciliation................................................45
Retirement............................................................45
Change in family member's health.................................44
Pregnancy.............................................................40
Sexual difficulties....................................................39
Addition to family....................................................39
Business readjustment...............................................39
Change in financial status...........................................38
Death of close friend................................................37
Career change........................................................36
Change in number of marital arguments..........................35
Mortgage or loan over $10,000.....................................31
Foreclosure of mortgage or loan...................................30
Change in work responsibilities....................................29
Son or daughter leaving home.....................................29
Trouble with in-laws................................................29
Outstanding personal achievement................................28
Spouse begins or ceases working..................................26
Starting or finishing school.........................................26
Change in living conditions........................................25
Revision of personal habits........................................24
Trouble with boss...................................................23
Change in work hours, conditions.................................20
Change in residence................................................20
Change in schools...................................................20
Change in recreational habits......................................19
Change in church activities........................................19
Change in social activities.........................................18
Mortgage or loan under $10,000...................................17
Change in sleeping habits..........................................16
Change in number of family gatherings..........................15
Change in eating habits............................................15
Vacation..............................................................13
Christmas seasons...................................................12
Minor violation of the law.........................................11

How to Analyze your Score:
Add the circled values. If your total score is more than 150, find ways to reduce stress in your daily life so that your stress level doesn't increase. The higher the score, the harder one need to work at staying physically well.

*Note: This scale is derived from the Holmes-Rahe Social Readjustment Scale. Holmes, T. & Rahe, R. (1967) "Holmes-Rahe Social Readjustment Rating Scale", Journal of Psychosomatic Research, vol. II.

Sunday, May 19, 2013

APA ITU KESIHATAN MENTAL?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

This is my 1st entry in this blog. Feeling happy that at last this blog which I really wanted to have came into existence. Hope all the readers will enjoy reading my entries and benefit something about "psychology". Okay.... for today lets start with something related to Mental Health or Kesihatan Mental.



KESIHATAN MENTAL

Kesihatan Mental BUKAN Penyakit Mental
     - Kesihatan Mental sering disalah tafsir sebagai 
       penyakit mental
     - Kesihatan Mental yang baik tidak bermaksud ketiadaan 
       penyakit mental
     - Kesihatan Mental melibatkan semua orang, manakala penyakit mental 
       hanya melibatkan sebahagian orang sahaja

Kesihatan Mental yang BAIK bermaksud seseorang individu itu:
     - Berasa selesa dengan diri sendiri
     - Berasa selesa dengan orang lain
     - Boleh memenuhi cabaran hidup seharian

Individu juga boleh:
     - Mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain
     - Mengambil bahagian dalam aktiviti masyarakat
     - Menyumbang kepada masyarakat

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesihatan Mental Individu:
     1. Ciri-ciri khusus individu
          - Harga diri (self-esteem)
          - Tabiat (temperament)
          - Kemahiran daya tindak (coping skills)

     2. Faktor persekitaran
          - Sokongan sosial
          - Keadaan fizikal (cth. tempat tinggal terlalu sesak, suasana terlalu panas,
            bising dan sebagainya)

     3. Peristiwa-peristiwa dalam hidup
          - Kehilangan orang yang disayangi (kematian)
          - Masalah kewangan
          - Masalah perhubungan (perpisahan & perceraian)
          - Peralihan kitaran hidup (remaja kepada dewasa, persaraan)

Ciri-ciri Kesihatan Mental yang BAIK / POSITIF:
     1. Yakin dengan diri sendiri
          - Sedar akan kelemahan dan kekuatan diri sendiri
          - Sanggup terima kegagalan/kekecewaan
          - Hargai diri sendiri
          - Berupaya mengawal perasaan
          - Hindari kegiatan yang tidak bermoral

     2. Terhadap orang lain
          - Berkomunikasi/berinteraksi secara berkesan dengan orang lain, 
            kumpulan dan persekitaran
          - Menghargai dan mempercayai orang lain
          - Pupuk hubungan yang memuaskan dan berkekalan
          - Memberi dan menerima ksaih sayang
          - Menerima pendapat orang lain secara terbuka

     3. Terhadap cabaran
          - Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah serta tekanan yang 
            timbul dalam kehidupan seharian
          - Dapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah 
          - Atasi konflik dengan bijak
          - Buat keputusan sendiri
          - Terima tanggungjawab yang diberikan

Akibat Kesihatan Mental yang Diabaikan Seseorang itu Mungkin Mengalami...
     - Perasaan rendah diri
     - Tekanan dalam hidup
     - Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga
     - Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (penyalahgunaan dadah, 
       minum arak dan sumbang mahram)
     - Kecenderungan melakukan keganasan untuk menyelesaikan masalah 
       (penderaan kanak-kanak / pasangan, pembuli di jalanraya dan pembuli 
       di sekolah)
     - Peningkatan risiko penyakit mental

10 Langkah ke Arah Kesihatan Mental yang POSITIF:
     1. Menerima keadaan diri secara realistik
     2. Menguruskan masa dengan baik (time management)
     3. Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak
     4. Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan 
         orang lain
     5. Menjaga kesihatan fizikal
     6. Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah
     7. Memastikan rehat dan tidur yang cukup
     8. Mengendalikan stres secara berkesan
     9. Mengamalkan nilai-nilai murni
   10. Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan yang 
        profesional sekiranya perlu



Dipetik dari: Pamplet Pupuk Minda Sihat, Kem. Kesihatan Malaysia