Wednesday, May 22, 2013

DEEP BREATHING TECHNIQUE


Anda STRESS??? PANIK??? BIMBANG??? RESAH??? GELISAH???

Lakukan teknik pernafasan yang mudah dan amat berkesan ini untuk menenangkan anda.



Nilai Dahulu:
1.  Letakkan tangan kanan di atas perut anda dan cuba tarik nafas perlahan-lahan 
     melalui hidung. Tahan seketika. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui 
     hidung atau mulut. Rasakan pergerakan perut anda semasa anda menarik dan 
     menghembus nafas.
2.  Jika semasa anda menarik nafas perut anda kempis dan semasa menghembus 
     nafas perut anda kembung bermakna cara anda menarik nafas adalah TIDAK 
     BETUL
3.  Jika semasa anda menarik nafas perut anda kembung dan semasa menghembus 
     nafas perut anda kempis bermakna cara anda menarik nafas adalah BETUL.

Cara Menarik & Menghembus Nafas yang BETUL


Pastikan perut anda KEMPIS semasa menghembus nafas & KEMBUNG semasa menarik nafas


Hanya dengan menarik nafas dalam/panjang udara akan memenuhi keseluruhan paru-paru


Caranya:

Mudah! Sekiranya anda benar-benar menarik nafas panjang hingga ke tahap maksimum dan memenuhi keseluruhan paru-paru anda dengan udara, secara otomatik perut anda akan kembung. Sebaliknya jika semasa menarik nafas perut anda kempis bermakna anda hanya bernafas pada paras dada dan memenuhi hanya sebahagian paru-paru anda dengan udara. Oleh sebab itu, bila anda bernafas dengan cara ini, dada anda yang akan bergerak atau berombak dan bukannya perut.




Persediaan:
1. Cari bilik / tempat yang sunyi (kalu boleh gelap / tiada cahaya lampu lebih 
    bagus)
2. Boleh dilakukan dalam posisi duduk atau baring (tiada cara yang spesifik, 
    asalkan ada berasa selesa)
          - Jika duduk pastikan ada tempat untuk sandarkan kepala
          - Jika baring luruskan kaki dan tangan disisi
3. Boleh pasang muzik instrumental (tanpa senikata) dan aromaterapi (kalau 
    tak ada tak apa)



Lakukan Sendiri:
1.  Duduk/baring dalam posisi relaks
2.  Pejamkan mata
3.  Relaks 
4.  Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dalam kiraan 10 
     (1,2,3,4,5,6,7,8,9,10) sehingga maksimum
5.  Tahan seketika selama 3-5 saat
6.  Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung atau mulut (mengikut 
     keselesaan) dalam kiraan 10 (1,2,3,4,5,6,7,8,9,10)
7.  Lakukan 10 kali (10 kali tarik nafas, 10 kali hembus). Jangan lupa untuk 
     merasa pergerakan perut anda semasa menarik dan menghembus nafas. 
     Pastikan anda melakukannya dengan betul.
8.  Seelok-eloknya lakukan 3 kali sehari (pagi, tengahari dan malam sebelum 
     tidur). Lebih kerap anda lakukan latihan pernafasan ini lebih banyak lagi 
     manfaat yang akan anda perolehi.


Hasilnya:
Kita akan berasa lebih tenang dan rasa berdebar-debar akan berkurang. Ini kerana sewaktu kita berasa stres, panik, bimbang, resah, gelisah dan sebagainya jantung kita akan berdenyut dengan kencang dan nafas kita tercungap-cungap atau tersekat-sekat. Akibat dari cara bernafas ini, kita hanya akan dapat memenuhi sebahagaian dari paru-paru kita dengan udara/oksigen. Oksigen ini akan digunakan oleh darah dan darah akan mengalir ke seluruh organ dalaman kita termasuk otak. Bila otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi... itu yang akan menyebabkan kita berasa hendak pitam atau pengsan. 

Selamat Mencuba..........


No comments:

Post a Comment